Ayatullah Khamenei: Mereka Memang Syaitan Besar
Ini merupakan terjemahan Khutbah Jumaat Ayatullah Ali Khamenei di Tehran, Republik Islam Iran pada 11 April 2003

Dalam isu Iraq, ada empat masalah yang saling terpisah sepenuhnya satu dengan yang lain. Empat masalah itu berkaitan kejatuhan rejim Saddam, tragedi kemanusiaan yang menimpa rakyat Iraq, keganasan AS dan Britian terhadap sebuah negara merdeka, dan masa depan Iraq.  Terhadap setiap satu persoalan itu, Iran telah mengambil sikap yang sepenuhnya telus dan jelas. Sikap itu bersumber dari pemikiran dan strategi Islam tanpa mengabaikan kepentingan Iran sendiri.

Masalah pertama adalah berkaitan kejatuhan rejim Saddam. Rakyat dan pemerintah Iran gembira menyaksikan jatuhnya rejim Saddam yang zalim dan diktator, kerana mereka menganggap era kekuasaan  Parti Ba’ath di Iraq sebagai era yang paling pahit dalam sejarah Iraq selama satu abad yang terakhir. Sebelum Iraq menakluki Kuwait, terutama ketika Saddam memaksakan perang terhadap Iran selama lapan tahun, kepentingan Saddam terkoordinasi sepenuhnya dengan kepentingan AS.  Namun, sejak Saddam menyerang Kuwait, kepentingan pemerintah Iraq dan pemerintah AS tiba-tiba bercanggah kerana AS tidak ingin kehilangan rejim-rejim Arab kawasan Teluk Persia.

Rakyat Iraq sepenuhnya gembira menyambut tumbangnya Saddam. Namun demikian, dalam perang antara Saddam dan tentera penceroboh AS, rakyat Iraq sama sekali tidak memihak kepada mana-mana pihak. Sikap rakyat Iraq ini sama dengan sikap rakyat dan pemerintah Iran. Selama perang, pemerintah Iran gigih berusaha  agar jangan ada pihaknya yang membantu satu diantara kedua pihak yang berperang.  Sikap berkecuali rakyat Iraq dalam perang Saddam melawan AS dan Britian adalah akibat kedikdatoran dan kezaliman rejim Iraq terhadap rakyatnya.

Jatuhnya Baghdad setelah pertempuran yang berjalan hanya tiga hari adalah keadaan yang sangat misteri. Dahulu, meskipun tidak memiliki kelengkapan ketenteraan sama sekali, para pejuang kita boleh bertahan selama 35 hari di depan serangan tentara Iraq terhadap kota Khoramsyahr.  Peristiwa itu menjadi kebanggaan bagi negara Iran. Namun, dalam kes Baghdad, kota ini tumbang hanya dalam tempoh tiga hari walaupun di sana terdapat lebih dari 120.000 tentera Iraq. Ini jelas misteri.

Masalah kedua berkaitan tentang tragedi kemanusiaan. AS dan Britian mendakwa dirinya sebagai pembela hak asasi manusia. Namun, penafian hak rakyat Iraq untuk hidup oleh AS dan Britian adalah tragedi yang tidak akan hilang dari fikiran dan naluri manusia, sama seperti kejahatan-kejahatan yang dilakukan AS di masa lalu.

Pengeboman terhadap kota-kota Iraq yang menyebabkan pembunuhan rakyat Iraq yang tak berdosa, khususnya anak-anak kecil, pembunuhan terhadappihak lelaki dan wanita Iraq, dan pemusnahan rumah-rumah penduduk oleh tentera AS dan Britian dengan cara yang sangat menghina adalah bukti pembohongan  AS dan Britian tentang kebebasan dan hak asasi manusia. Rakyat dan pemerintah Iran sejak awal mengutuk tindakan-tindakan tersebut sekaligus menunjukkan solidaritasnya kepada rakyat Iraq.

Masalah ketiga ialah berkaitan pencerobohan kepada suatu negara dengan alasan adanya senjata pemusnah massal di negara tersebut. Ini adalah satu perbuatan yang paling tercela sehingga dikutuk dan ditolak oleh naluri masyarakat dunia. Ini mengingatkan saya kepada Perang Vietnam. Saat itu demonstrasi anti percerobohan AS juga terjadi di beberapa kawasan dunia. Namun, kesepakatan masyarakat dunia yang saya lihat sekarang tidak saya lihat pada era Perang Vietnam. Saat itu mereka (AS) menyatakan bahawa demo-demo anti perang Vietnam dimobilisasi oleh Rusia. Tetapi sekarang siapa penggeraknya? Di India, Pakistan, Indonesia, Malaysia, Afrika,negara–negara Eropah dan Amerika Syarikat sendiri, rakyat tertumpu dalam sebuah demontrasi besar-besaran  yang terdiri atas ribuan, puluhan ribu, dan bahkan ratusan ribu orang. Slogan yang mereka dilaungkan adalah sama. Siapa yang menggalang berbagai demonstrasi tersebut? Tidak ada pusat dan organisasi apapun yang menggalangnya. Penggeraknya tak lain adalah naluri dunia, naluri insaniah. Nalurilah yang mengutuk pencerobohan ke Iraq, pencerobohan yang merupakan satu bentuk tindakan mengada-ada, tindakan yang lazim terjadi pada era kolonialisme.

Mereka (AS) mencari-cari dalih untuk menceroboh sebuah negara. Pasukan Pemeriksa Senjata PBB sudah menyatakan tidak ada senjata pemusnah massal di Iraq, tapi AS malah menanggap ianya dengan kata-kata: “Diamlah, kalian tidak tahu apa-apa? Kamilah yang tahu, dan kerana itu kami harus menyerang Iraq”.

Ini adalah perbuatan yang sangat biadap dan kami mengutuknya. Malangnya, dalam kes ini PBB juga tidak dapat menanganinya. Mengapa Majlis Keselamatan PBB tidak mengutuk serangan AS dan Britian? Mengapa majlis keselamatan tidak mengeluarkan resolusi terhadap mereka?  Resolusi itu mampu menjadi sebuah gerakan yang sangat merugikan mereka, tapi mengapa mereka itu tidak melakukannya? Mengapa Majlis Perhimpunan PBB tidak mengadakan sidang untuk mengutuk pencerobohan tersebut?  Banyak tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Setiausaha Agung PBB.

Sebenarnya, sudah  sekian lama PBB tidak boleh kita harapkan. Kita sudah melihat prestasi kerja PBB dan juga kita sudah menyaksikan  pelbagai campurtangan terhadap perjalanan PBB. Walaupun demikian, ini bukan bererti dunia sudah tidak mengharapkan apapun daripada PBB.

Tindakan pencerobohan ke Iraq sudah membuktikan bahawa AS sendirilah yang merupakan negara pengganas. Pandangan ini dilontarkan oleh Presiden AS di hadapan k sejumlah negara-negara  didunia, tetapi kenyataannya mereka (AS) sendirilah yang suka mencari musuh. Merekalah yang sangat memusuhi terhadap nilai kemanusiaan dan kestabilan negara-negara lain. Mereka telah membuktikan bahawa mereka sendiri yang merupakan paksi kejahatan dalam bentuknya yang paling nyata, dan bahawa mereka memang layak disebut oleh Imam Khomeini sebagai Syaitan Besar. Mereka memang Syaitan Besar!

Britian juga telah melakukan kesalahan besar. Britian telah bersekutu bersama AS dengan harapan akan mendapat habuan dari ‘rampasan perang’. Di kawasan ini termasuk Iran, Iraq dan India, imej Britian memang sudah sangat buruk dan menjijikkan. Di kawasan ini banyak keburukan dan kezaliman yang sudah dilakukan  oleh Britian. Keruntuhan imej Britian itu kemudian dilupakan orang setelah waktu berjalan  selama 30 atau 40 tahun. Tetapi, kemunculan Blair menampakkan bayang-bayang kejahatan Britian kembali berlegar di minda semua orang. Ini tentu kesalahan besar yang dilakukan Blair.

Dengan demikian, dalam fakta yang ketiga ini, seiring dengan suara yang dilaungkan khalayak dunia, kita mengutuk pencerobohan ketenteraan. Kita mengutuk dan menganggapnya sebagai tindakan yang hendak dipaksakan agar menjadi tradisi baru dalam hubungan antarabangsa. Kita juga menganggapnya sebagai pencerobohan terhadap negara Islam, malahan terhadap Islam dan kehormatan segenap umat Islam.

Masalah keempat ialah dominasi berterusan AS terhadap Iraq. Tak cukup dengan melancarkan pencerobohan dan keganasan, mereka masih ingin memegang tampuk kekuasaan di Iraq, itupun dengan cara meletakan seorang jeneral bersara yang berjiwa Zionis atau sekurang-kurang dikaitkan dengan pelobi Zionis. Jeneral bersara seperti itu hendak mereka ditempatkan di sebuah negara Islam yang memiliki kehormatan.

Antara mereka (AS dan Britian) terdapat tindakan-tindakan yang saling bercanggah di antara satu sama lain. Walaupun begitu, secara zahir mereka sedang mengaut keuntungan.Sebagai contoh, Basrah yang kaya dengan minyaknya mempunyai kaitan yang sangat kuat dan berdekatan dengan syarikat-syarikat minyak kepunyaan Britian yang sememangnya berhasrat untuk membolot kekayaan minyak Iraq. Baghdad sendiri akan menjadi pusat kekuasaan AS yang sudah tentu bakal memperlihatkan kekuatan ketenteraannya. Tindakan ini tetap akan mereka teruskan walaupun berlaku perbezaan pendapat yang kelak akan kelihatan  lebih jelas dan ketara di mata rakyat Iraq.

Inilah suasana yang diulang kembali ketika era kolonialisme dan merupakan kesan awal dalam bentuknya yang paling nyata. Keadaan inilah yang telah terjadi pada awal era kolonialisme ketika mana negara penjajah menakluki negara-negara Asia dan Afrika. Negara-negara ini mereka takluki kemudian mereka tempatkan di sana pemerintah daripada pihak mereka untuk mengendalikan sepenuhnya seluruh kawasan yang sudah mereka kuasai. Tindakan itu mereka praktikkan di India, Australia, Kanada, Afrika, dan sebagainya. Setelah waktu berjalan sekian lama, tindakan itu kemudian telah disedari sebagai taktik kotor dan tercela sehingga mereka pun mengubah formula dengan cara melantik pemerintah dari pihak negara terjajah itu sendiri dengan syarat bersedia untuk tunduk sepenuhnya kepada mereka. Kerana ketaatan tersebut, pemerintah itu dibantu dan diberi segala kemudahan supaya kemudian ia membuka kesempatan  untuk memperluaskan kekuasaanpihak penjajah.

Demikianlah era yang sudah berlalu itu. Saat mereka sedar bahawa (taktik penjajahan) itu salah dan tidak menguntungkan mereka kerana bangsa yang terjajah akan bangkit melawan mereka, maka mereka pun memperlihatkan elemen baru yang kelihatan    demokratik. Sambil melakukan pencerobohan budaya, mereka memilih pemerintah yang pro kepada mereka. Hal ini juga terjadi di Iran pada zaman rejim taghut. Mula-mula Britian melantik Reza Pahlevi kemudian Muhammad Reza Pahlevi. Tapi setelah timbul persoalan, Britian lantas menampilkan Ali Amini sebagai Perdana Menteri agar terjadi apa yang disebutnya reformasi. Jadi, ketika keadaan sudah tidak terkawal, Britian sendiri yang memulakan reformasi enam tahap sehingga terjadilah reformasi yang sangat memalukan di era taghut tersebut.

Inilah pengkhianatan yang sudah dilakukanpihak penjajah di pelbagai era dan kawasan dunia. Sekarang, mereka hendak mengulangi peristiwa yang sama. Mereka merebut suatu negara dengan senjata dan kemudian melantik pemerintah baru. Ini  merupakan tindakan yang sangat keterlaluan, melampau, kotor, menghina, dan mencerminkan keghairahan serta kedangkalan akal. Ini adalah bentuk ketidakfahaman terhadap suasana zaman.

Negara- negara didunia, termasuk pemerintahnya, mengutuk perbuatan tersebut. Dalam hal ini sikap kita sudah jelas sepenuhnya. Di mata kita, perbuatan itu adalah kesalahan dalam kesalahan. Di Iraq tidak seharusnya ada pemerintah asing, dan apalagi Zionis. Rakyat Iraq sendirilah yang harus memilih pemimpinnya tanpa perlu dukungan kekuatan  tentera penceroboh. Namun, segala sesuatu (berkaitan Iraq) sudah diatur pemerintah AS. Dalam minda mereka sudah terfikir untuk bergerak pantas kemudian memegang tampuk pemerintahan sambil menghulurkan sedikit bantuan lalu mengubah kebudayaan rakyat. Mereka mendominasi sektor pendidikan, seperti yang sedang terjadi di Afganistan. Mereka membawa buku-buku pelajaran yang banyak untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di Afganistan. Mereka mencetaknya dengan bahasa Persia dan Pashtun lalu diedarkan di sekolah-sekolah menengah Afganistan. Tujuannya ialah menghilangkan imej buruk AS di mata para pelajar Afganistan sekaligus mengubah bentuk kebudayaan, agama, dan wawasan sejarah para pelajar tersebut.

 Apa yang terjadi di Afganistan ini sekarang hendak mereka laksanakan di Iraq. Tapi itu tentu tidak akan terlaksana. Sebab, kejahatan AS sudah terlampau banyak di mata para guru dan masyarakat Iraq sehingga kesedaran akan fakta ini pasti akan menular dari generasi ke generasi. Terlepas dari kesedaran ini, yang jelas itulah program AS di Iraq. Inilah masalah keempat yang tentu berbeza dengan masalah-masalah sebelumnya. Ertinya, seandainya rancangan untuk mendominasi Iraq itu tidak mereka aplikasikan,  pencerobohan terhadap Iraq tetap saja dikutuk serta merupakan kejahatan besar dan penghinaan terhadap negara Iraq.

Sungguh, orang pasti sukar untuk mempercayai bagaimana mereka berani terang-terangan berkata di televisyen bahawa negara Iraq tidak akan mampu menentukan pemerintah yang akan memerintah mereka. Padahal negara Iraq adalah negara dengan latar belakang sejarah yang sedemikian besar, dengan sekian banyak tokoh besar, dan dengan sekian banyak  ilmuan dan politikus. Sukar untuk dipercayai,  bagaimana mereka tanpa malu-malu menuduh negara lain sebagai bangsa yang tidak becus.

Ini semua kita kutuk, kita tolak, dan kita anggap sebagai penghinaan terhadap hak negara Iraq. Wujudnya diktator baru tidak akan boleh diterima oleh rakyat Iraq. Rakyat Iraq keluar dari cengkaman rejim Saddam bukan untuk masuk ke lembah kediktatoran ketenteraan AS. Dan seandainya pemerintah diktator di Iraq nanti adalah orang Iraq sendiri, rakyat Iraq juga pasti tidak akan boleh menerimanya.

Kemudian, kes yang sedang saya bahas sekarang ini kita anggap sebagai pencerobohan terhadap  kehormatan Islam dan muslimin.

“Allah tidak memberi jalan bagi orang-orang kafir untuk berbuat aniaya terhadappihak muslimin”
Kemenangan ketenteraan (AS dan Britian) sekarang, itupun dalam bentuknya yang penuh teka-teki,  bukanlah bukti tercapainya satu kemenangan total. Soal kemenangan inipun, AS sebenarnya banyak mengalami kerugian dan kegagalan yang sekarang mungkin tidak mereka ketahui, tapi dalam waktu terdekat nanti mereka pasti akan mengetahui implikasinya. Ada tiga kegagalan yang mereka alami.

Pertama, kegagalan yang menimpa slogan kebebasan dan demokrasi Barat. Fahaman liberal demokrasi yang hendak mereka marakkan di dunia sekarang dihalang akibat tindakan mereka di Iraq. Mereka sudah memperlihatkan ketidakupayaan liberal demokrasi membawa sebuah negara kepada suatu keyakinan tentang adanya kebebasan dalam erti yang sebenarnya. Yang mereka tunjukkan ialah bahawa ketika mereka melihat kepentingan material, mereka mengenepikan begitu saja kebebasan, jiwa, dan hak memilih setiap orang. Seandainya AS memang menginginkan kepada demokrasi, maka sekarang juga seharusnya AS keluar meninggalkan Iraq. Bukankah Saddam sudah tersungkur?! Lantas untuk apalagi relevan AS berada  di Iraq?! Kalau mereka memang jujur, mengamalkan demokrasi, dan menghormati hak negara-negara lain, maka tanpa membuang masa lagi sekarang mereka sudah menarik pasukan tenteranya dari Iraq dan tidak melakukan  campur tangan dalam apa bentuk  di negara ini. Tapi kita  harus sedar bahawa ini tidak akan berlaku.

Secara ideologi mereka tewas. Seluruh masyarakat dunia menyaksikan pembohongan media-media masa AS. Dari slogan-slogan yang diteriakkan atau yang tertera dalam sepanduk  oleh rakyat anti perang dalam demontrasi besar-besaran di pelbagai negara terlihat betapa masyarakat dunia sudah mengetahui fakta yang sebenarnya. Dari berbagai catatan yang saya terima, slogan-slogan itu antara lain berbunyi: “Perang Iraq hanya perang demi minyak, bukan perang demi kebebasan dan hak asasi manusia”, “Perang Iraq adalah perang untuk menyelamatkan kemelesetan ekonomi AS”, “Perang ini adalah perang pencerobohan ala Hitler”, “Paksi kejahatan adalah AS, Britian, dan Israel”. Slogan-slogan ini dilaungkan bukan oleh warga Teheran malahan oleh masyarakat dunia. Slogan-slogan yang sejak dulu dikibarkan oleh rakyat Iran secara realitii itu sekarang sudah dimengerti dan difahami bersama oleh masyarakat dunia. Atas dasar ini, secara ideologinya mereka tewas.

Kedua, kegagalan mereka secara politik. Dewasa ini secara politik AS terpinggir di dunia. Formula dan penyelesaian yang dikemukakan AS dengan mengangkat seorang jeneral bersara sebagai pemerintah di Iraq sama sekali tidak dapat diterima kecuali oleh segelintir negara dunia. Semua negara Arab, Islam, dan bahkan Eropah menolaknya.
Ketiga, tentera mereka kehilangan maruah. Mulanya mereka beranggapan mampu untuk mengulingkan rejim Iraq hanya dalam tempoh tiga atau empat hari, tapi kenyataannya tanggapan itu meleset. Dan sekiranya tentera Iraq mahu bertempur habis-habisan, maka perang akan terus berlanjutan sehinga sekarang, dan  belum pasti AS dan Britian mampu meraih kemenangan ketenteraan. Tentera Iraq tidak mahu bersungguh-sungguh bertempur  di saat mereka wajar berbuat demikian. Ini jelas mengundang teka-teki, dan sudah saya katakan tadi bahawa kita tidak boleh mengambil kepastian. Namun, teka-teka itu kelak akan terjawab dengan sendirinya.

Keempat, runtuhnya kredibiliti media massa mereka. Kredibiliti itu sekarang sudah hancur secara total di mata dunia. Semua orang di dunia menyaksikan bahawa media AS telah melakukan penapisan berita secara terbuka. Kemudian, mereka juga telah menyerang pusat berita lalu mengaku tersilap menembak. Tak seorangpun boleh menerima alasan ini. Mereka berbohong dalam melaporkan jumlah korban peperangan mereka. Selama ini, jumlah korban jiwa yang mereka sebutkan, misalnya, 80, 90, atau 100 orang. Semua orang tahu ianya merupakan satu pembohongan. Memang, kita tidak mengetahui dengan jelas jumlah korban di pihak mereka. Yang mengetahui tentang ini seharusnya adalah para petugas rumah mayat di Kuwait. Kelak rakyat AS akan tahu sendiri, seperti yang terjadi dalam Perang Vietnam ketika di kemudian hari disebutkan korban yang tewas mencapai 50.000 orang. Padahal, ketika perang berlangsung jumlah yang disebutkan hanyalah 10, 20, 100, atau 200 orang. Alhasil, demikianlah soal kerugian yang menimpa mereka.

Ada suatu hal lagi yang perlu saya kemukakan di bahagian akhir pendirian saya. Pertama ialah bahawa yang yang dapat saya baca dari peristiwa yang terjadi berkaitan Iraq ialah bahawa pihak Zionis adalah pihak yang menentukan dalam kes Iraq, baik dalam bentuk provokasi terhadap pemerintah AS maupun dalam bentuk upaya membuka peluang bagi aplikasi serangan ke Iraq. Bagipihak Zionis, peta baru Timur Tengah yang dijajakan Bush dan anak buahnya secara berulang tak lain adalah peta perluasan pihak Zionis, baik secara ekonomi maupun politik, di kawasan Timur Tengah, baik di tengah negara-negara Arab maupun non-Arab yang ada di sekitarnya. Dalam hal ini, perluasan secara geografi juga akan mereka lakukan kalau memang tersedia kesempatan. Inilah peta baru Timur Tengah, dan merekalah yang paling menguntungkan dalam peta tersebut. Oleh sebab itu, merekalah yang menyediakan langkah-langkah pendahuluannya. Kemudian, kerana terburu-buru, perang Iraq dimanfaatkan sedemikian rupa oleh si bengis Zionis dan Sharon sehingga ketika perhatian dunia tertuju ke Iraq, setiap hari jatuh korban jiwa Palestin, orang-orang Palestin ditekan, dan pecah berbagai tragedi yang menimpa.

Lebih lanjut, saya juga perlu berbicara tentang para politikus Iraq. Banyak aktivis politik yang meramaikan gelanggang politik Iraq. Sekarang ini para politikus Iraq sedang menghadapi  ujian yang sangat besar dan bersejarah. Mereka harus hati-hati dan jangan sampai tersalah strategi. Mereka jangan sampai terbuai dan jangan pula ketakutan di depan kemenangan tentera AS atas Saddam kerana kedua sikap tersebut sama-sama berbahaya untuk mereka. Para politikus harus berwaspada dalam dua perkara. Pertama berkaitan anarkisme, balas dendam secara  tidak rasional, dan persaingan yang merugikan. Anarkisme sangat berbahaya kepada masa depan Iraq dan rakyatnya kerana mampu menjadi alasan bagi pihak asing untuk memantapkan kependudukan di Iraq.  Persaingan secara sia-sia dan pembalasan dendam secara menyimpang harus mereka halangi. Sebaliknya, mereka harus duduk berfikir dan menyusun pengurusan. Kedua, jangan sampai berbuat kesalahan dengan bekerjasama dengan pemerintah asing. Kesalahan ini pasti akan tertulis dan kekal dalam sejarah Iraq. Sekarang ini, jika seseorang membantu memantapkan kekuasaan pihak asing di Iraq, maka perbuatan itu akan tercatat dalam sejarah Iraq sebagai menconteng arang bagi setiap orang ataupun kelompok yang melakukannya.

Rakyat Iraq adalah bangsa yang mengharapkan kemerdekaan, kebebasan, dan pemerintahan yang berlandaskan agama dan nasionalisme mereka. Segenap pihak yang sejak sekian tahun silam selalu  berbicara atas nama rakyat Iraq harus setia kepada aspirasi rakyat Iraq. Kesetiaan itu harus mereka tunjukkan pada pelaksanaannya. Rakyat akan berpaling dari mereka jika mereka bersekongkol dengan kekuatan-kekuatan asing. Yang harus mereka fikirkan ialah keredhaan Allah dan rakyat Iraq. Mereka harus tahu bahawa kemenangan ketenteraan atas rakyat bukan bererti kemenangan politik dan kebudayaan atas rakyat Iraq.  Rejim Saddam telah meraih kemenangan ketenteraan atas rakyat Iraq, tetapi itu sama sekali bukan bererti kemenangan politik dan kebudayaan rejim tersebut.
Ya Allah, atas nama para wali-Mu dan atas nama darah golongan mustadh’afin, berilah pertolongan kepada rakyat Iraq, Palestin, dan semua bangsa yang teraniaya dalam berjuang melawan pihak yang zalim. Anugerahkanlah mereka kemenangan di bawah bendera istiqamah dan ketaatan beragama. Kita juga memohon kepada Allah SWT agar mencurahkan keberkatan dan belas kasih-sayang kepada negara kita yang mulia dan besar.

Peterjemah:
Abu Faqieh Aktivis PMA -  url: www.memokampus.cjb.net
email: abufaqieh@yahoo.com - 17.04.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!