Ilusi, Demokrasi Dan Silap Mata Pilihan Raya
Oleh Arif Abdull
Kesilapan besar parti pembangkang di Malaysia ialah menaruh kepercayaan bahawa demokrasi akan tercapai melalui peti undi. Sampai kepada satu peringkat, pada beberapa tahun yang lalu pernah diamanatkan oleh pimpinan parti Islam terbesar di negara ini bahawa memangkah kertas undi sama nilai pahalanya dengan berjihad turun ke medan perang.

 
Manakala bagi sebahagian besar penyokong parti reformasi separuh masak (Keadilan) pula percaya hanya ketika Pilihan Raya mereka akan bersemangat dan berhasrat menjatuhkan parti memerintah.
 
Dalam mengamalkan demokrasi, kerja menjatuhkan parti yang memerintah bukanlah menjadi kesalahan malahan menjadi satu keperluan bagi memastikan demokrasi dapat berjalan dengan sempurna. Malangnya, rakyat negara ini telah dengan sengaja dipusingkan kefahaman mereka. Pemerintah telah berjaya menanamkan kepada kita bahawa menjadi kesalahan jenayah jika kita bercita-cita menjatuhkan parti memerintah. Selain 7 dosa besar yang dipercayai oleh orang Islam, rakyat Malaysia tanpa disedari meletakkan kepercayaan bahawa menggulingkan pemerintah adalah dosa besar yang kelapan.
 
Di kalangan ahli parti pembangkang sendiri sebenarnya tahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah organisasi suruhan parti pemerintah untuk menjalankan penipuan dalam mengendalikan proses Pilihan Raya. Malahan hampir semua rakyat negara ini akan mengakui kehebatan SPR mengakui keberpihakan (bias) mereka terhadap parti pemerintah sebagaimana yang diakui sendiri oleh Setiausaha SPR.
 
Selain daripada berfungsi memanipulasi (baca: menipu) proses Pilihan Raya, SPR juga berperanan sebagai kambing hitam yang akan dipersalahkan oleh parti pemerintah sendiri. Pernyataan rasa kesal Perdana Menteri terhadap kegagalan SPR dapatlah dilihat sebagai usaha untuk meredakan perasaan curiga rakyat terhadap ketelusan badan tersebut. Pak Lah nampaknya cuba bermain silap mata untuk mengilusi mata rakyat.
 
Kakitangan SPR sibuk
 
Dengan keupayaan dan pengalaman luas mengendalikan Pilihan Raya sejak merdeka, adalah sukar bagi kita mempercayai setiap kesilapan besar yang dilakukan SPR pada Pilihan Raya kali ini.
 
Apa yang sebenarnya yang telah berlaku? Kenapa ramai pengundi di banyak kawasan tidak dapat mengundi? Kenapa ada lambang parti tersalah cetak? Mengapa pegawai Pilihan Raya boleh menghilangkan diri? Kiraan semula undi paling banyak pernah berlaku dalam sejarah.
 
Peliknya, semua yang berlaku di atas tidak pernah terjadi sebelum ini walaupun semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir yang dianggap diktator itu.
 
Kakitangan SPR sebenarnya mengalami tekanan dan mereka sangat sibuk mengendalikan karenah parti pemerintah yang mahu memastikan kehendak mereka tercapai. Perkara ini memang masuk akal. Kenapa semua perkara tersebut di atas kebanyakannya hanya berlaku di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan bukan di Johor atau Sabah dan Sarawak? Kenapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Karpal mampu memenangi kerusi yang mereka tandingi? Kerana pihak lawan memang tidak menyangka mereka akan menang dan kedua-dua pemimpin pembangkang ini tidak menjadi tumpuan usaha mengalahkan mereka.
 
Dengan maksud sebaliknya, pemimpin pembangkang yang lain termasuk Wan Azizah Ismail, Hadi Awang, Nik Aziz dan lain-lain telah sengaja ditumpukan perhatian dan segala usaha telah dijalankan dengan licik dan licin bagi memastikan kekalahan mereka.
 
Tuntut Pilihan Raya Umum dijalankan semula
 
Antara langkah yang biasa yang mereka lakukan adalah dengan menipu melalui kehadiran peti undi pos, menghilangkan peti undi, menghilangkan nama pengundi dari daftar pemilih bagi me