PENYOKONG UMNO SEMAKIN PATAH SEMANGAT
– LEMAH BAK PATAH KANDAR….! (Bahagian 2)
Oleh Amin Sapiro (UMNO ketakutan bila Pembangkang menyerang..!)
Orang Melayu Digula-gulakanTengok di sekeliling kita, siapakah sebenarnya yang diberi peranan menerajui ekonomi di negara ini? Orang Melayu atau kaum lain? Apakah UMNO sudah dapat mendorong orang Melayu supaya maju dan berkembang dalam perniagaan? Mengapa UMNO tidak mampu merobah sikap bagi menjana orang Melayu dalam bidang ekonomi sejak 50 tahun Merdeka?
Jawapan daripada penyelidikan para sarjana dan cendekiawan berilmu menyebutkan bahawa:
1. Pemimpin UMNO setakat bercakap besar, kununnya negara sudah Merdeka dan Dasar Pembangunan oleh UMNO adalah untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Mereka paksakan kepada orang Melayu menerima kata-kata lunak begitu tanpa melakukan siri tindakan-tindakan pro-aktif berdasarkan yang terperinci;
2. Pemimpin UMNO sendiri adalah terdiri daripada mereka yang cepat lupa daratan. Mereka sudah puas setakat merebut pangkat dan darjat seperti Tan Sri, Datuk dan lain-lain; berpada menerima elaun dan ganjaran lumayan. Tetapi mereka tidak mau merancang dan memperluaskan kuasa tadbir yang ada di tangan mereka untuk dimanfaatkan kepada rakyat yang layak dan berkemampuan menceburkan diri di bidang ekonomi dan perniaagaan;
3. Pemimpin UMNO terlalu pantas mengaku kalah hingga mereka sendiri bersikap “if one can’t beat them, just join the band wagon”. Akhirnya merekalah pengasas sindrom ‘Ali Baba’. Mereka hanya duduk dalam syarikat besar sebagai ‘Pak Pacak tunggul mati’ – peranan mereka tidak berkesan. Mereka tidak berperanan menyokong kaumnya, malah melupakan mereka sama-sekali. Contohnya: Pelaksana Projek bertaraf Korporat hanya membolot keuntungan diri sendiri. Ini banyak terjadi;
4. Pemimpin UMNO dan ahli Korporat (Melayu) terlalu cepat membudayakan sindrom ‘RASUAH’ dan amalan ‘makan bawah meja’. Merekalah punca dan penyebab kemunduran orang Melayu kerana budaya itu tidak direstui orang Melayu secara hakiki. Ini berlaku disegenap lapisan yang terlibat dengan perniagaan. Akhirnya Melayu bersemangat berkobar-kobar tenggelam bagai cicak-mengkarung dibenamkan dalam longkang;
5. Mahathir hanya pandai bercakap. Semua yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat yang berusaha dibolot oleh anak-anak, suku-sakat, kroni dan pengampunya. Mereka ini muflis dan berhutang ‘berbaris’. Akhirnya mereka diberi ‘bailout’ berbillon. Imej inilah yang menyebabkan semua bank dan institiusi kewangan beranggapan bahawa orang Melayu tak boleh diharap dalam perniagaan. Padahal, orang Melayu penjaja Warong terpaksa pinjam duit daripada ‘Along’. Pun perniagaan mereka masih hidup. Kenapa?
6. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dimanipulasi oleh Mahathir dan UMNO daripada cara pelaksanan asal, terang-terang telah memesongkan prioriti. Hasilnya, TIDAK ADA satupun Korporat anak Melayu yang menjadi. DEB jadi Dasar Ekonomi Baru(A). Semuanya rugi tinggal ‘suspender’. Ini menjadi bahan ketawa di arena antarabangsa. Puncanya, cara Mahathir memandu rakyat adalah salah. Mahathir gagal. Dia lupa bahawa perniagaan akan ‘jahanam’ bila politik dicampur-adukkan dengan perniagaan untuk mengenyangkan tembolok si tuan – ‘the politicians’…! Banyak lagi kalau nak bindangkan..!
Tetapi kalau diteliti, kita nampak apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO (bila berkumpul di PWTC) hanya setakat ‘hiruk-pikuk’ melaungkan slogan “HIDUP MAHATHIR..”. Apakah mereka menyangka, Mahathir takkan mati-mati?
Mereka sangup menangis bila Mahathir bersandiwa di pentas – pura-pura ‘sayangkan Melayu’. Tetapi adakah mereka pernah bertanya, “Oi…Mamak, apo yang kao dah buat?”. Pasti muka Mahathir ‘boroi’ muka dan mulutnya terkulat macan cicak. Sebab, memang takde apa yang dia sudah buat yang boleh secara langsung mendatangkan manfaat kepada rakyat yang merempat. Mahathir cuma banyak cakap. Anak sendiripun kena ‘bailot’….!
Dasar Ekonomi 'Kain Singkat’
Projek Mahathir hanya setakat memuaskan angan-angan kosong dan egonya. Di celah itu, tujuannya hanya ‘merompak Perbendaharaan’ melalui komisyen ratusan juta. Komisyen itu difaraid sesama keluarga Siti Hasmah dan anak-anak mereka.
Itu sebab Mahathir bergila-gila membina projek mega seperti KLCC, KLIA, Putra Jaya, Mahligai ‘Airmata’, Formula 1, Jembatan Pulau Pinang, PERWAJA, pembelian Global Express dari Amerika. Sekarang PORR di Pulau Pinang pula. Kabarnya akan ditukar kepada ‘LRT’. Apakah ‘Komisyen’ lagi?
Kita nampak, sekali lagi dasar ekonomi yang dilaksanakan UMNO/Mahathir jadi penyebab kepada sindrom “Antara Dua Darjat’. Bukan setakat Melayu di Pulau Pinang saja yang merempat, malah berlaku di mana-mana di Negara ini. Pendek kata, selagi UMNO/BN memerintah, orang Melayu TIDAK akan dapat menikmati hasil minyak daripada PETONAS. Ia dibolot habis oleh Mahathir dan kroni. Duit berjuta itu diangkut ke luar negara. Orang Melayu akan terus terkulat-kulat jadi masyarakat ‘makan gaji’. Sampai bila orang Melayu baru boleh berdikari?
UMNO Penyebar ’Dosa Besar’
“Dosa Besar” ditakrifkan sebagai perilaku seseorang yang melakukan perbuatan yang menidakkan perintah Allah swT. Mereka menganggap perbuatan itu sebagai “tidak apa”, asalkan nafsu dan keinginannya puas dan dia mendapat ganjaran dan habuan dunia sebagai balasan. Mereka ini, walaupun membenci Iblis dan menyumpah-seranah dengan mengucapkan “Auzubillahi minasyaitan irajim…(dan seterusnya)”; demi kepentingan tembolok rakus, mereka adalah sahabat si iblis yang direjam itu.
Kita sudah nampak mereka yang melakukan ‘dosa besar’ yang dipaparkan oleh YB Ustaz Taib Azzamuddin (bekas Imam Masjid Negara) yang boleh dirujuk sesiapa untuk melihat secantik mana muka-muka barua pemimpin besar UMNO dalam “Selebriti Mangkok Tandas” di LamanWeb M@RHAEN. Kesemua mereka adalah jaguh-jaguh pemimpin UMNO mengaku Islam. Padahal perangai mereka tak ubah umpama iblis berbesan dengan syaitan. Apakah itu jenis pemimpin mengaku beragama Islam yang menerajui orang Melayu beragama Islam di negara ini? Apakah mereka akan mampu mempertahankan agama, bangsa dan negara? Padahal, terbukti mereka tidak termampu menahan diri daripada runtunan hawa-nafsu pukuan syaitan dan iblis…! Piiirrrraaaahhhhh… UMNO..!!
Contohnya: Cerita Ghaffar Baba dengan bini nombor duanya. Memang ceritanya amat menggemparkan seluruh masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Satu dunia mengetahui betapa buruknya amalan ‘poligami’ acuan UMNO; walaupun Islam membenarkan. Tetapi kerana acuan ‘poligami’ amalan pemimpin UMNO tidak didasarkan kepada tuntutan Islam sebenar, akhirnya ‘isteri ke-2’ yang masih ‘ngang dan cun’ makan luar. Itulah pentingnya “sekufu” wajib dipertimbangkan. Kalau setakat fikirkan diri adalah jutawan dan kununya jadi pemimpin besar UMNO saja; maka perbuatan mereka akan jadi cerita bahan ‘ponografi’ untuk edaran dan tuntutan umum.
Tetapi, kerana mereka adalah pemimpin tertinggi UMNO; Hakim sendiri menegah wartawan daripada melaporkan seluruh cerita penuh di akhbar media perdana, Polis hanya berjanji akan membuat penyiasatan terperinci. Boleh pecayakah kita janji PDrM ini lagi? Entah-entah sudah lebih 10 meter yang dah masuk-keluar, masih nak ‘diperincikan’ juga lagi? Mana ada kayu ukur pakai inci sekarang ini. Dunia dah pakai kilometer..! Hehehehe….hai.. UMNO..! Akhirnya Ghaffar jadi ‘tukang cuci mangkok’…! Nah, terduduk kao..!
Zainuddin Maidin ‘Otak Semut’
Kita lihat pencacai UMNO terulung yang masuk UMNO ‘jalan pintas’ semuanya tergila-gila pangkat dan gaji besar. Orang yang berotak semut macam Zainuddin Maidin itu sepatutnya jadi tukang ‘kutip sampah tepi jalan’. Dia hanya layak mencari bahan berita mengenai longkang busuk dan rumah buruk untuk dimuatkan dalam program GERHANA di Kelantan. Sekarang, dipaparkan pula cerita “Antara Dua Darjat” di Pulau Pinang.
Nampak sangat dia berminat dengan kerja kotor mededahkan cerita-cerita bernajis kesan perbuatan UMNO. Seolah-olah dia pakar dalam hal kerja tukang ‘cuci jamban’. Orang UMNO sendiri berkata: Mungkin juga dia berasal daripada baka keturunan Keling kasta Paria “tukang cuci jamban – angkat taik”. Padan juga dia amat serasi mengampu dan penjilat Mahathir si Kepala Taik (sKT)..!
Kalau dia ada pelajaran yang cukup, kenapa Zainuddin Maidin tidak buat penyelidikan dan dedahkan isu ‘Pulau Batu Putih’ atau Isu ‘Penjualan Air Murah’ ke Singapura. Adakah dia tidak mampu tunjuk pandai macam orang ada sijil selain SPM? Boleh jadi dia ada ilmu – setakat SRP saja. Otaknya ‘kematu ‘macam ‘taik kambing’ – berulas-ulas bergelintir…! Tak mampu nak berfikir.
Inilah contoh kategori para menteri UMNO yang ada. Masing-masing umpama orang bangang lemah otak bila diberi tanggungjawab. Akhirnya mereka ‘gila perasaan’ – mudah dijadikan umpan. Apa yang datang habis ditelan. Mereka tidak mampu berfikir menerajui rakyat dan Kerajaan. Apa yang Mahathir suruh, ikut saja. Otak masing-masing dah tak boleh pakai. Hanya berguna untuk berbohong dan menyokong ‘Kepala Tukang Fitnah’. Inikah jenis manusia bakal dipilih menerajui negeri? Lebih sesuai mereka jadi ‘tukang jual babi’.
Penyokong UMNO Menolak Tuah
Tuhan tidak akan merobah nasib sesatu bangsa. Walaupun UMNO diberitakan mengadakan majlis Sambahyang Hajat memohon Allah memberi mereka kemenangan dalam Pilihan raya akan datang, belum pasti permintaan mereka akan dilayan Tuhan. Logiknya, selagi UMNO tidak membuang pekong dan mengikis nanah najis yang dikendong meleleh di dada tidak dibasuh; hukum akal dapat menjangkakan bahawa mereka belum bersih dan suci. Lebih baik mati daripada sia-sia terharap-harap.
Penyokong UMNO yang segelintir nampaknya menolak tuah. Mereka umpama bertopang kepada kayu palang yang akan membawa mereka rebah. Sudah sampai masanya mereka merobah cara bertindak dan berfikir. Apakah kerana sayangkan UMNO kalian sanggup jadi miskin-fakir – sanggup menjalani hidup pahit-getir? Apakah mereka menyokong UMNO demi sayangkan Mahathir? Bermakna kalian ini lebih bangang dan dungu daripada “Pak Pandir”.
Kalian wajib merobah sokongan. Jangan harap Tuhan akan merobah nasib kalian. Apa yang kalian takutkan? Rakyat Terengganu semakin maju dengan unsur Pembangunan yang mereka harapkan dengan menukar Kerajaan UMNO/BN. Begitu juga rakyat Kelantan. Jangan taksub dengan berita di RTM. Pergi sendiri ke sana dan tengok dengan mata-kepada betapa mewah hidup mereka. Buktinya, Ali Rustam melarang orang Melaka melawat negeri-negeri Pantai Timur. Itulah sifat pemimpin UMNO – mereka cemburu dengan kejayaan Pembangunan yang diurus oleh parti Pembangkang.
Mereka mau rakyat macam “katak bawah tempurung”. Sampai bila kita mau dikongkong macam lotong yang dikurung?
Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 14.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~![]()