DR. MAHATHIR MEMBAWA KEMUSNAHAN KEPADA UMNO/BN
DENGAN SIKAP ‘CELUPARNYA’! (Bahagian 1)
Oleh Amin Sapiro (Dr. Mahathir – pemimpin tak laku di mana-mana)
DALAM sebuah artikel sebelum ini, saya telah menyatakan, Dr. Mahathir memang suka dira’i, dipuji, diangkat-angkat dan dibodek oleh kuncu-kuncu yang menunggu ‘hand-outs’ bakal diberi. Orang seperti Ibrahim (Katak) Ali yang sudah masak dengan perangai begitu, memang tidak asing lagi dalam perkara seumpama ini. Lagipun, sekarang Berahim sudah macam ‘melukut di tepi gantang’ saja. Begitulah para Ketua UMNO di Kelantan yang lain – bermula daripada JKK UMNO hingga ke Perhubungan peringkat Negeri.

UMNO ‘Mboh lah’

Saya sengaja terbang ke KB setelah seminggu lalu dimaklumkan oleh seorang kawan ‘ lamo’ (orang UMNO juga) mengenai ‘kerahan tenaga’ yang diPengerusikan oleh Ibrahim (katak) Ali yang berfungsi menyelaraskan sesi “Pertemuan Pemimpin Dengan Rakyat’ yang dilangsungkan pada petang hari Rabu, 15 Januari 2003 lalu.

Saya dipersilakan tinggal bersama keluarganya – anggaran 2km dari Maktab Sultan Ismail. “Hotel dan rumah tumpangan di sekitar KB sudah penuh, Wak,” katanya. “Bukan dipenuhi oleh penyokong UMNO yang datang mendengar Dr. Mahathir merapu, tetapi oleh pelancong daripada luar dan dalam negeri. Kalau Wak merancang nak melabur di sini, tanah keluarga kami di pinggir bandar tu boleh kita bincang untuk bina hotel 50 bilik bertaraf sederhana,” katanya lagi.

Saya tersenyum mendegar ‘offer’ sebaik itu. “Kita bincang esok. Tired mind cannot plan well. Malam ni kita releks. Kita dengar dulu Dr. Mahathir ‘merapu’,” kami ketawa terbahak-bahak.

Kawan lamo ini, dulunya penyokong UMNO ‘totok’. Sekarang sudah ‘mati-matian’ berubah hati menyokong Pembangkang KeADILan/BA. Dia memang seorang ‘bright student’ berkelulusan Masters in Business Management daripada sebuah universiti di US. Perubahan hatinya bersebab semata-mata kerana melihat  pemimpin UMNO terlalu rakus dan ‘putar-belit’ selama ini. Kerana kepimpinanan PAS di bawah TG Nik Aziz lebih ‘mesra rakyat’ dan tidak berbohong macam Dr. Mahathir bila bercakap di khalayak ramai’; maka ‘kawan’ ini dalam diam-diam menjadi ‘hero’ Pembangkang BA.

“Saya tak kira siapa majoriti memerintah Kelantan, Wak – sama ada PAS atau KeADILan. Asalkan jangan UMNO cukuplah”. UMNO ‘MBOH’ lah, katanya –  (bermaksud tak maulah, cukuplah). Malam itu kami berceloteh panjang dengan tiga orang kawan lain. Semuanya ‘satu kepala’.

Kerahan Tenaga

Isteri kawan saya ini seorang ustazah lulusan BA dan Dip. Ed daripada UIA – mengajar di sebuah sekolah Menengah sebagai Penolong Kanan. Katanya, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah mengarahkan semua guru dan kakitangan sekolah (termasuk tukang cuci dan tukang kebun) ke Perhimpunan ‘Mahathir-Ibrahim Katak’ itu tanpa alasan. Mereka dipaksa mendaftar nama lengkap dengan butiran peribadi untuk dihantar laporan ke PPD. Siapa yang tidak hadir akan dikenakan tindakan tatatertib. Macam ‘kerahan tenaga’ pula, katanya.

“Inilah pemerintahan Diktator, Wak,” kata isteri beliau. “Belum lagi memerintah Kelantan, UMNO dah ‘perasan’.” katanya. “Camana nak kata UMNO memperjuangkan Islam? Dalam Islam, 1001 satu macam kebebasan sudah ada. Semuanya mengikut peraturan, menitik-beratkan faktor hak asasi manusia. Cukup indah terancang” katanya.

Kami terpesona mendengar kesimpulan Ustazah isteri kawan lamo saya itu. Baru saya tau, beliau adalah anggota aktif dalam politik Pembangkang sejak di UIA lagi. Rupa-rupanya, di UIA hampir 85% mahasiswa Malaysia pro-Pembangkang. Begitu juga di IPT lain. Inilah ‘nadi dan darah’ penjana demokrasi yang akan merobah Kerajaan UMNO/BN hingga mampu menjadikan parti itu bertukar jadi Pembangkang pula..! hahaha……..!!

UMNO Parti ‘Kain Batik – Kain Pelikat’

Kami beramai-ramai ke Padang Maktab Sultan Ismail pada petang itu. Hujan lebat dengan angin kencang memaksa kami duduk dalam kereta sambil injin dihidupkan. Kami beredar ke masjid berdekatan menunaikan solat Asar sebelum bertolak ke Padang. Sampai di sana, Ibrahim (Katak) Ali baru mula terpekik – sambil memuji Mahathir bak memuji seorang nabi. Siti Hasmah digelarkannya “Ibu Muthali”. Nak termuntah orang mendengarnya.

“Kalau Siti Hasmah ‘Ibu Mithali” puak UMNO, nampaknya anak-anak lahiran Wanita UMNO akan jadi taik judi, penyangak, kaki betina, kaki sapu duit rakyat, peniaga Kondomlah nampaknya,” kata kawan yang sama satu kereta. Kami ketawa. “Walhal itulah yang sedang dibanteras habis-habisan oleh TG Nik Aziz selama ini.’ celah seorang lagi. Saya mengangguk sambil senyum lagi.

Saya dapat saksikan beberapa pemimpin UMNO bekas S46 terpacak keliling Mahathir jadi ‘tunggul lapok’. Antaranya ialah “Gurkha” paling terkenal – Ku Li. He did’nt look that happy bila Ibrahim (Katak) Ali memuji Mahathir sebagai ‘pemimpin agung yang disayangi’. Berahim berucap dua minit, dia tersebak macam nak menangis pulak – taktik yang pernah dibuat oleh Mahathir bagi mengaut simpati rakyat. Tapi sebenarnya, si Berahim sedih kerana peluangnya untuk menang dalam Pilihan raya 2003 (kalau terpilih jadi calon) adalah ‘jauh panggang dari api’. Berahim boleh dijadikan penjaja ‘kerpok lekor ikan belodok’ dek Mahathir. Hehehehe…….!!

Mahathir berucap – bermula jam 5:20 petang. Dia membebel selama satu jam. Dia berhenti bila hampir ¾ padang sudah tidak berorang. Seperti kebiasaannya, Mahathir terus berucap panjang lebar tak tentu buah butir hingga melangkahi solat ‘Asar. Mungkin itulah “fatwa” Islam ‘nabi’ UMNO yang sekor ni. Tidakkah Mahathir patut layak diberi gelaran “MahaFIRAUN”?

Dabik Dada – Puji Diri

Ucapan Mahathir tidak ada yang baru. TG Nik Aziz tidak harus bimbang apa-apa. Ucapan Mahathir tidak ada yang terkesan dalam hati pendengar. Mahathir tidak berjaya memujuk rakyat Kelantan menyokong UMNO. Sebaliknya, satu padang kakitangan awam dan guru-guru dianggap oleh Mahathir umpama ‘tunggul kayu’ saja. Kedatangan mereka ke situ semata-mata kerana dipaksa – jika tidak, majoriti mereka sudah berada di rumah masing-masing mengasuh anak-anak dan bersiap untuk ke surau bersolat Maghrib.

Walaupun Mahathir berkata, “UMNO tidak mau rakyat berdosa”, namun ucapan Mahathir yang merapu berjela-jela hingga memaksa rakyat meninggalkan solat ‘Asar dan Magrib’, dalam perkiraan Mahathir ‘berpahala’ tentunya. Siapa nak tanggung dosa? UMNO siang-siang dah kata, “UMNO tak mau tanggung”. Tidakkah Mahathir dan UMNO menganiaya rakyat Kelantan? Ish..isk…isk… Boleh cayakah UMNO niiiii?

Mahathir kata, “SAR dihapuskan sebab sekolah itu mencaci pemimpin negara”. Walaupun Mahathir tak kata siapa dia, namun orang tau bahawa pemimpin yang dimaksudkan ‘pemimpin itu’ ialah dirinya sendiri. Kemudian Mahathir merapu melalut-lalut membebelkan kemarahannya. Orang ramai tercengang ‘as to why he took drastic steps as revenge on Muslim kids’. Menghukum murid-murid bererti menghukum rakyat. Janagn salahkan emak-bapak kerana bencikan UMNO. Pastinya UMNO akan ditolak – tak mungkin menang satu kerusi pun dalam Pilihanraya 2003 ini.

Muka Ku Li nampak macam ‘beruk kehilangan ekor’ bila Mahathir memberi justifikasinya. Dia tau, peluang untuk menang di Gua Musang mungkin sudah dihapuskan oleh Mahathir – satu pengkhianatan kepada ‘anak raja Gurkha’ itu. Guano mu kawe…! Heheheeh……..

(bersambung)

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 17.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!